Tuesday, 16 April 2013
semunya tentang kita...
Dan selepas ini
kita terpisah
semuanya melangkah mencari arah, bertukar arah
usah melambai dari kejauhan, seolah-olah kerana keterpaksaan
tapi kirim-kirimlah berita dan seringlah bertanya khabar
usah dikirim pada angin lalu tapi datanglah dikala rindu
sesungguhnya
dalam sehari dua ini payah dan sukar untuk dibicarakan
apa tidaknya makan, minum, bergurau senda
semuanya bersama
namun esok entah kemana menjadi kenangan manis keakhir masa
yang pergi akan pergi, yang tinggal akan meneruskan
segala cerita yang tiada kesudahan
ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya terselindung
di tangan tuhan
yang pasti biarlah malam ini segala ingatan kekal dalam
sanubari
salam perpisahan dan bukan salam terakhir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment