Friday 31 May 2013

BBM 3410 LAMAN WEB

Asalam. tugasan penutup buat kelas tutorial bahasa dalam multimedia ialah belajar buat laman web sendiri.

http://mutiarapena.weebly.com

Sunday 26 May 2013

BBM 3410 SALAM TERAKHIR





                                            NUR NADIRAH BINTI ZUKEFLLI
                                                                157707
                                           
                                             KUMPULAN 1 : JEJARI PATAH



Assalam... dan salam terakhir juga daripadaku, sedih rasanya nak tulis blog (tetiba plak huhuhu). yelah pejam celik dah final sem, cepat sungguh masa berlalu rasa macam semalam je masuk upm. Banyak kenangan sepanjang tempoh pengajian disini, lepas ni semua dengan haluan dan hala tuju masing-masing, ada yang nak kerja, sambung master, kawin dan macam-macam lah.  Buat kawan-kawan seperjuangan terutamanya kawan-kawan Bac.bahasa dan linguistik melayu sesi 2010/2013, pertama sekali aku nak mintak maaflah kalau ada yang tersinggun atau pernah terasa hati dengan percakapan atau tingkah laku aku sepanjang kita berkawan ye. kalau boleh buang yang keruh dan ambillah yang jernih je.  Buat adik beradik Mariposa semua, abil, mira, hanim, ani, syifa, ana, fiza, ika dan ain. Terima kasih sebab sudi menjadikan aku sebahagian daripada Mariposa dan maaflah kalau ada tersilap bicara dan pernah buat hati kalian terluka.

Salam terakhir juga buat pensyarah-pensyarah di upm ni, terutamanya pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang tak jemu-jemu mencurahkan segala ilmu yang mereka ada untuk mendidik kami semua.  Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.  Buat pensyarah Bahasa dalam multimedia Dr.Notts, terima kasih untuk kelas yang sangat pening pada mulanya dan kesudahanya sangat manis dan berbaloi.

Terimalah semuanya dari kumpulan kami...

                                                                   Video Seram

 




Gambar-gambar simpulan bahasa.





Gambar-gambar Unik dari Kunmpulan kami


Thursday 25 April 2013

Pengalaman video seram BBM 3410

first time berlakon...memang lawak giler..banyak jugak part yang terpaksa group kami ulang balik, sampai tertidur aku menunggu.. tapi yang paling penting memang syok laa bila tengok hasil kita berlakon..di situ dapat tahu kita nh kayu k tak..hahahaha tapi aku mengaku yang aku memang kayu dalam bab2 nak berlakon nh asyik nk tergelak je... heee pe2 pun enjoy dengan geng2 kami sebab nh dah final sem..lepas nh kalau rindu2 zaman degree boleh tengok balik video 2...

Tuesday 16 April 2013

Tugasan video ke-2

video SERAM!!!
http://www.youtube.com/watch?v=JciHhfXL44I

BBM3410 JEJARI PATAH (kump 1) BAHASA JIWA BANGSA

first video yang memalukan....huhuhu


semunya tentang kita...


Dan selepas ini
kita terpisah
semuanya melangkah mencari arah, bertukar arah
usah melambai dari kejauhan, seolah-olah kerana keterpaksaan
tapi kirim-kirimlah berita dan seringlah bertanya khabar
usah dikirim pada angin lalu tapi datanglah dikala rindu
sesungguhnya
dalam sehari dua ini payah dan sukar untuk dibicarakan
apa tidaknya makan, minum, bergurau senda
semuanya bersama
namun esok entah kemana menjadi kenangan manis keakhir masa
yang pergi akan pergi, yang tinggal akan meneruskan
segala cerita yang tiada kesudahan
ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya terselindung
di tangan tuhan
yang pasti biarlah malam ini segala ingatan kekal dalam
sanubari
salam perpisahan dan bukan salam terakhir


Sujud Terakhirku


❤..♥Bismillahirrahmanirrahim♥..❤

Dalam sujud terakhirku Ya Allah...

kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya


agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud terakhirku Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkram jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahayaMu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta...